Monday, October 12, 2009

Eeeeeeeee.... Air Liur

Esok merupakan hari terakhir peperiksaan PMR 2009. Selepas esok pelajar tingkatan 3 boleh rasa lega...

Beberapa hari ini saya bertugas sebagai pengawas PMR di suatu sekolah di daerah Gua Musang ni. Macam biasalah, hari pertama saya berasa kelam-kabut sedikit. Maklumlah setahun baru sekali menjalankan tugas sebagai pengawas PMR. Hari kedua dan ketiga, rasa OK dah. Kalau kereta tu, dah guna gear 3 atau 4 dah. Haha...

Hari ni, hari ke-4... Peristiwa yang agak... Haha... Tak tahan nak ketawa...
Pagi ni, kertas ke-2 adalah Matematik kertas 2 (50/2). Masa yang diberi adalah selama 1jam 45 minit... Pelajar menjawab di kertas soalan itu juga. Kalkulatur tidak boleh digunakan...

Pukul 10.10 pagi, semua calon PMR pun mula menjawab... Lamanya... Tepat jam 11.55pagi. Semua calon dikehendaki berhenti menjawab sebab masa dah tamat...
"Semua calon dikehendaki meletakkan kertas soalan anda di sebelah kiri meja anda. Kertas soalan akan dipungut sekejap lagi..."
Pengawas yang bertugas pun pergilah kutip kertas soalan...
Sampai di sebuah meja... Pengawas nak kutip kertas. Tapi kertas tak boleh diambil...
Kejutkan pelajar tu... Dia bangun, wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semua air liur dia kena pada kertas soalan.

Apa nak buat? Cari tisu, nak lap! Tak ada... Pengawas pun terpaksa kutip kertas itu dengan menggunakan 2 jari saja. Sambil bawa, air liur sambil menitik di atas lantai.......

Sampai di meja depan, nak balut. Macam mana nak balut? Basah...
Pengawas terpaksa lapkan dan tunggu hingga kering... Barulah kerja membalut dijalankan.

Wah...................... Pengalaman apa ni??????

3 comments:

khairun said...

NI KONFEM BDOK TU XLEH JAWAB.TDO LG BAGUS

Kua Siaw Kam said...

Teruk, kan?

shukpaloh11 said...

Hi..menarik sungguh pglaman ore baru jg priksa...bolehlah try untuk SPM pulak..beres deh,,!nanti mmasuk nama.