Sebuah buku yang disebut semasa bermesyuarat dengan ketua sektor pengurusan sekolah baru-baru ini....
Friday, October 30, 2009
Ayat-ayat Cinta
Posted by
Kua Siaw Kam
at
7:32 PM
0
comments
Sejarah Geografi
Bangsa Yunani adalah bangsa yang pertama dikenal secara aktif menjelajahi geografi sebagai ilmu dan filosofi, dengan pemikir utamanya Thales dari Miletus, Herodotus, Eratosthenes, Hipparchus, Aristotle, Dicaearchus dari Messana, Strabo, dan Ptolemy. Bangsa Romawi memberi sumbangan pada pemetaan karena mereka banyak menjelajahi negeri dan menambahkan teknik baru. Salah satu tekniknya adalah periplus, deskripsi pada pelabuhan dan daratan sepanjang garis pantai yang bisa dilihat pelaut di lepas pantai; contoh pertamanya adalah Hanno sang Navigator dari Carthaginia dan satu lagi dari Laut Erythraea, keduanya selamat di laut menggunakan teknik periplus dengan mengenali garis pantai laut Merah dan Teluk Persi.
Pada Zaman Pertengahan, bangsa Arab seperti al-Idrisi, Ibnu Battuta dan Ibnu Khaldun memelihara dan terus membangun warisan bangsa Yunani dan Romawi. Dengan perjalanan Marco Polo, geografi menyebar ke seluruh Eropa. Selama zaman Renaissance dan pada abad ke-16 dan 17 banyak perjalanan besar dilakukan untuk mencari landasan teoritis dan detil yang lebih akurat. Geographia Generalis oleh Bernhardus Varenius dan peta dunia Gerardus Mercator adalah contoh terbesar.
Setelah abad ke-18 geografi mulai dikenal sebagai disiplin ilmu yang lengkap dan menjadi bagian dari kurikulum di universitas di Eropa (terutama di Paris dan Berlin), tetapi tidak di Inggris dimana geografi hanya diajarkan sebagai sub-disiplin dari ilmu lain. Salah satu karya besar zaman ini adalah Kosmos: sketsa deskripsi fisik Alam Semesta, oleh Alexander vom Humboldt.
Selama lebih dari dua abad kuantitas pengetahuan dan perangkat pembantu banyak ditemukan. Terdapat hubungan yang kuat antara geografi dengan geologi dan botani, juga ekonomi, sosiologi dan demografi.
Di barat, selama abad ke-20, disiplin ilmu geografi melewati empat fase utama: determinisme lingkungan, geografi regional, revolusi kuantitatif dan geografi kritis.
Determinisme lingkungan adalah teori yang menyatakan bahwa karakteristik manusia dan budayanya disebabkan oleh lingkungan alamnya. Penganut fanatik deteriminisme lingkungan adalah Carl Ritter, Ellen Churchill Semple dan Ellsworth Huntington. Hipotesis terkenalnya adalah "iklim yang panas menyebabkan masyarakat di daerah tropis menjadi malas" dan "banyaknya perubahan pada tekanan udara pada daerah lintang sedang membuat orangnya lebih cerdas". Ahli geografi determinisme lingkungan mencoba membuat studi itu menjadi teori yang berpengaruh. Sekitar tahun 1930-an pemikiran ini banyak ditentang karena tidak mempunyai landasan dan terlalu mudahnya membuat generalisasi (bahkan lebih sering memaksa). Determinisme lingkungan banyak membuat malu geografer kontemporer, dan menyebabkan sikap skeptis di kalangan geografer dengan klaim alam adalah penyebab utama budaya (seperti teori Jared Diamond).
Geografi regional menegaskan kembali topik bahasan geografi pada ruang dan tempat. Ahli geografi regional memfokuskan pada pengumpulan informasi deskriptif tentang suatu tempat, juga metode yang sesuai untuk membagi bumi menjadi beberapa wilayah atau region. Basis filosofi kajian ini diperkenalkan oleh Richard Hartshorne.
Revolusi kuantitatif adalah usaha geografi untuk mengukuhkan dirinya sebagai ilmu (sains), pada masa kebangkitan interes pada sains setelah peluncuran Sputnik. Revolusioner kuantitatif, sering disebut "kadet angkasa", menyatakan bahwa kegunaan geografi adalah untuk menguji kesepakatan umum tentang pengaturan keruangan suatu fenomena. Mereka mengadopsi filosofi positifisme dari ilmu alam dan dengan menggunakan matematika - terutama statistika - sebagai cara untuk menguji hipotesis. Revolusi kuantitatif merupakan landasan utama pengembangan Sistem Informasi Geografis.
Walaupun pendekatan positifisme dan pos-positifisme tetap menjadi hal yang penting dalam geografi, tetapi kemudian geografi kritis muncul sebagai kritik atas positifisme. Yang pertama adalah munculnya geografi manusia. Dengan latar belakang filosofi eksistensialisme dan fenomenologi, ahli geografi manusia (seperti Yi-Fu Tuan) memfokuskan pada peran manusia dan hubungannya dengan tempat. Pengaruh lainnya adalah geografi marxis, yang menerapkan teori sosial Karl Marx dan pengikutnya pada geografi fenomena. David Harvey dan Richard Peet merupakan geografer marxis yang terkenal. Geografi feminis, seperti pada namanya, menggunakan ide dari feminisme pada konteks geografis. Arus terakhir dari geografi kritis adalah geografi pos-modernis, yang mengambil ide teori pos-modernis dan pos-strukturalis untuk menjelajahi konstruksi sosial dari hubungan keruangan.
Posted by
Kua Siaw Kam
at
7:12 PM
0
comments
Kertas Model PMR
Galeri Kertas Model PMR
Kertas Model 1
1.Benda-benda yang mesti dijauhi semasa menggunakan kompas magnetik ialah...
I pokok
II meja
III kereta
IV pagar besi
A.I dan II C.III dan IV
B.II dan III I dan IV
2.Antara yang berikut,manakah yang benar tentang ciri-ciri fizikal di Semenanjung Malaysia?
A.terdiri daripada batuan granit dan batu kapur
B.kawasantanah pamah yang luas terletak di kawasan pedalaman
C.terletak di Lingkaran Api Pasifik
D.perlombongan giat dijalankan
3.Stesen trigonometri dalam sesuatu peta membolehkan seseorang mengetahui...
A.ketinggian sesuatu kawasan
B.kecuraman cerun
C.jarak antara dua tempat
D.arah antara dua tempat
4.Antara yang berikut,kejadian dan kegiatan manakah yang mungkin sekali menyebabkan kepupusan flora and fauna di Malaysia?
I jerebu
II pembalakan
III pertanian pindah
IV perindustrian
A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV
5.Faktor-faktor yang berikut telah menarik ramai penduduk berhijrah ke Lembah Klang,kecuali...
A.taraf hidup yang rendah
B.peluang pekerjaan yang banyak
C.kemudahan awam
D.gaji yang tinggi
6.Sungai yang digunakan untuk mengairi tanaman,penjanaan kuasa hidroelektrik,dan untuk menghanyutkan kayu balak mugkin sekali...
A.Sungai Cagayan,Filipina
B.Sungai Solo,Jawa
C.Sungai Kinabatangan,Sabah
D.Sungai Chao Phraya,Negara Thai
7.Malaysia,Indonesia,dan Negara Thai mengeluarkan bahan mentah yang sama seperti getah dan bijih timah.Antara yang berikut,tindakan kerjasama manakah yang dilaksanakan untuk memasarkan komoditi ini?
I mengawal pengeluaran
II menjalankan penyelidikian mencari kegunaan baru
III menawarkan dengan harga yang lebih rendah
IV memajukan industri membuat getah tiruan
A.I dan II C.III dan IV
B.II dan III D.I dan IV
8.Antara faktor-faktor yang berikut,manakah yang menggalakan kegiatan perikanan di kawasan Asia Tenggara?
I ikan merupakan sumber protien penting
II industri membina kapal yang maju
III terletak di kawasan pentas benua
IV ramai penduduk tinggal di tepi pantai
A.I dan II C.II dan IV
B.I dan III D.III dan IV
9.Kurma merupakan hasil eksport penting bagi negara...
A.Iraq C.Pakistan
B.Turki D.Arab Saudi
10.Antara berikut,manakah yang merupkan kesan-kesan emigrasi penduduk dari negara Hong Kong?
I kadar kematian meningkat
II kadar pertumbuhan penduduk menurun
III kekurangan pekerja mahir
A.I dan II C.III dan IV
B.II dan III D.I dan IV
11.Antara yang berikut,bentuk fizikal manakah yang terdapat di kawasan gunung berapi?
I esker
II geiser
III tasik kawah
IV tasik berjajar
A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV
12.Faktor utama yang menyebabkan oergerakan plat bumi ialah...
A.tarikan graviti.
B.pergerakan arus perolakan.
C.proses lipatan kerak bumi.
D.proses penggondolan.
13.Yang berikut merupakan penyataan-penyataan yang benar,kecuali...
A.Delta Ganges yang senantiasa banjir ditanami jut.
B.pengairan di Sungai Nil membolehkan kawasan kontang ditanami kapas.
C.Delta Chang Jiang yang dalam dan terlindung sesuai bagi pembinaan pelabuhan Shanghai.
D.Delta Mekong yang subur membolehkan kapas ditanam sepanjang tahun.
14.Antara yang berikut,manakah yang merupakan tujuan mengembangkan bidang perindustrian?
I meningkatkan taraf hidup
II mempelbagaikan ekonomi
III mengurangkan kawasan pertanian
IV mengurangkan pengimportan barangan
A.I,II dan III
B.I,II,dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
15.Antara yang berikut,manakah yang merupakan kesan-kesan perlombongan terhadap alam sekitar?
I pembuangan sampah-sarap
II ketandusan tanah
III keruntuhan tanih
IV pencemaran udara
A.I,II dan III
B.I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
16.Kebanyakan negara di Asia Tenggara kurang maju dalam bidang perindustrian berat.Antara yang berikut,manakah yang telah menghalang perkembangan ini?
I kekurangan tenaga pekerja
II kekuranga modal yang banyak
III kekurangan bijih besi dan arang batu
IV kekurangan pengetahuan teknologi tinggi
A.I,II dan III
B.I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
17.Antara yang berikut,manakah yang merupakan usahasama anggota-anggota ASEAN untuk memajukan bidang perindustrian?
I projek baja urea di Malaysia
II projek fosfat di Filipina
III projek enjin diesel di Singapura
IV projek membuat helikopter di Negara Thai
A.I,II dan III
B.I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
18.Proses urbanisasi yang pesat di bandar raya utama di Asia telah membawa kesan-kesan seperti...
I kesesakan lalu lintas.
II migrasi ke luar bandar.
III kawasan setingaan.
IV kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi
A.I,II dan III
B.I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
19.Faktor-faktor manakah yang mempengaruhi kadar hakisan sungai?
I halaju
II muatan
III isipadu
IV arah aliran
A.I,II dan III
B.I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II,III dan IV
20.Antara yang berikut,penyataan manakah yang dapat dikaitkan dengan solstis musim panas?
A.berlaku pada 21 Disember
B.Kutub Utara mengalami 24 jam malam
C.kawasan ke utara Khatulistiwa mengalami siang yang lebih panjang
D.matahari berada tegak di atas Garisan Khatulistiwa
21.Antara yang berikut,penyataan manakah yang benar mengenai negara Malaysia?
I direntasi oleh Garisan Khatulistiwa
II terletak di hemisfera utara
III terletak di luar Lingkaran Api Pasifik
IV sebahagian besarnya tanah pamah
A.I dan II
B.II dan III
C.III dan IV
D.I dan IV
22.Mengapakah pengangkutan sungai dan udara penting di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak?
A.kaedah yang murah
B.banyak sungai
C.kurang petempatan
D.kurang pengangkutan darat
23.Garisan Khatulistiwa merentasi kawasan-kawasan yang berikut,kecuali...
A.Sumatera C.Sulawesi
B.Sarawak D.Kalimantan
24.Tempat-tempat yang berikut mempunyai industri menapis petroleum,kecuali...
A.Malus
B.Pulau Phuket
C.Pulau Bukum
D.Pangkalan Biandar
25.Perdagangan antara negara-negara Asia Tenggara adalah kurang daripada perdagangan dengan negara-negara di luar Asia Tenggara.Hal sedemikian berlaku kerana...
A.kurang kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara
B.Tarif yang tinggi dikenakan terhadap barangan dari negara-negara Asia Tenggara
C.barangan dari luar Asia Tenggara lebih berkualiti
D.barangan eksport dan barangan import negara-negara Asia Tenggara hampir sama
26.Berikut merupakan tindakan meningkatkan pelaburan dalam sektor perkilangan,kecuali...
I pelepasan cukai
II memberikan taraf perintis
III perlindungan tarif diberikan
IV menggunakan pekerja asing sepenuhnya
A.I,II dan III C.I,III dan IV
B.I,II dan IV D.II,III dan IV
27.Bahagian utara Myanmar,Negara Thai dan Indo-China mempunyai pokok-pokok jenis daun luruh kerana
A.negara-negara tersebut mengalami satu musim yang panjang
B. kesemua negara tersebut mengalami satu musim kering yang nyata
C.ia bersempadan dengan negara beriklim khatulistiwa
D.hujan turun sepanjang tahun
28.Antara berikut,negara Asia manakah yang mempunyai loji-loji penyulingan air laut kerana kekurangan sumber air tawar?
A.Arab Saudi
B.Jepun
C.Filipina
D.Korea Selatan
29.Antara berikt,manakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran yang tinggi di India,Pakistan dan Bangladesh?
A.Umur perkahwinan yang rendah
B.Kekurangan makanan
C.Taraf kesihatan yang rendah
D.Perancangan keluarga
30."Bentuk muka bumi ini lazim ditemui di kawasan gurun.Ia mempunyai takungan air yang berpunca dari bawah tanah serta sangat sesuai dijadikan kawasan petempatan dan pertanian kerana tanahnya subur."
Huraian di atas menerangkan mengenai ciri-ciri sebuah
A.oasis
B.erg
C.delta
D.barkhan
31 Antara berikut yang manakah menerangkan ciri sebuah pusat perhubungan?
A Jaringan jalan raya yang padat
B Ekonomi berasaskan perhidmatan
C Pusat pengedaran barangan dan maklumat
D Pengangkutan laut yang lengkap
32 Antara berikut, yang manakah merupakan pelabuhan entrepot?
I Singapura
II Shanghai
III Tokyo
IV Hong Kong
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
* Hong Kong
* Seoul
* Singapura
33 Mengapakah perkhidmatan kereta api cepat (MRT) diperkenalkan di negara di atas?
I Mengurangkan pencemaran
II Mengangkut barangan
III Mengatasi kesesakan
IV Memengdekkan masa perjalanan
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
* Chao Phraya
* Irrawaddy
* Chang Jiang
34 Antara berikut yang manakah fungsi utama sungai di atas?
A Menghanyutkan balak
B Jalan perhubungan
C Ternakan sumber protein
D Pelancongan
35 Pertanian giat setempat diusahakan di Hong Kong dan Singapura kerana
A kekurangan sumber air
B baja kimia digunakan secara meluas
C tanah pertanian yang terhad
D penggunaan jentera secara meluas
36 Antara usaha-usaha untuk meningkatkan hasil pertanian di Asia ialah
I mengimport buruh asing
II menggunakan baja kimia
III membina projek perairan
IV membuat penyelidikan
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
* Daerah Kandy, Sri Lanka
* Bukit-bukit Nilgiri, India
* dataran Tinggi Preanger, Indonesia
37 Senarai tersebut dikaitkan dengan tanaman
A kaoliang
B gandum
C getah
D teh
* Dataran tinggi yang condong
* Aktiviti utama menternak lembu
* Pengairan membantu penanaman padi pulut
38 Pernyataan di atas dikaitkan dengan kawasan
A Dataran Tinggi Huang Tu, China
B Dataran Tinggi Deccan, India
C Dataran Tinggi Korat, Thai
D Dataran Sichuan, China
39 Kawasan utama pemeliharaan tiram di Jepun yang menghasikan mutiara ialah
A Teluk Ise
B Dataran Kinki
C Lembangan Suwa
D Selat Tsushima
40 Pernyataan yang manakah benar menerangkan ciri-ciri perikanan laut dalam?
I Keluar ke laut beberapa hari
II Menggunakan radar pengesan ikan
III Menggunakan kapal besar
IV Dilengkapi bilik dingin beku
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
41 Faktor yang menggalakkan perkembangan sektor perikanana di negara Jepun ialah
I arus lautan menghasilkan plankton
II penduduknya ramai menjadi nelayan
III kapalnya berteknologi tinggi
IV pantainya berteluk-teluk
A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
42 Antara berikut yang manakah tergolong dalam industri tertier?
I Perkilangan
II Perdagangan
III Perlombongan
IV Pelancongan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
43 Antara berikut manakah dikaitkan dengan Lingkaran Api Pasifik?
A Gempa bumi di Jepun
B Banjir di Bangladesh
C Kemarau di India
D Taufan di Taiwan
44 Faktor berikut mempengaruhi kadar hakisan sungai kecuali
A muatan beban
B isipadu air
C halaju aliran
D arah aliran
45 Antara berikut, bentauk bumi yang manakah terdapat di kawasan hulu sungai?
I air terjun
II dataran mendap
III tetambak
IV jeram
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
46 Ciri fizikal yang mungkin terhasil akibat tindakan sungai lanjutan daripada likuan terpenggal ialah
A tasik ladam
B tetambak
C delta
D air terjun
46 Kadar hakisan ombak bergantung kepada
I kemasinan air laut
II kekuatan ombak
III struktur batuan
IV kekerasan batuan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
47 Antara berikut, ciri fizikal yang manakah terbentuk akibat hakisan ombak?
I Gerbang
II batu tunggul
III beting
IV Anak tanjung
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
48 Pernyataan yang manakah benar menerangkan benua Asia?
I Selat terpanjang di Malaysia
II Jurang laut terdalam di Jepun
III Gunung tertinggi di Himalaya
IV Sungai terpanjang di India
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
49 Antara berikut, negara manakah terletak di bahagian Asia Selatan?
I Qatar
II India
III Jepun
IV Sri Lanka
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
50 Antara berikut yang manakah menerangkan kepentingan kawasan batu kapur di Asia?
I Pusat keagamaan
II Kawasan petempatan
III Pusat pelancongan
IV Sumber ekonomi
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III, dan IV
* Tanih berwarna kuning
* Dimendapkan oleh tindakan angin
51 Pernyataan di atas dikaitkan dengan kawasan
A Dataran Tinggi Korat
B Dataran Huang Tu
C Dataran Tinggi Shan
D Dataran Kedah
52 Antara berikut, sungai manakah memusnahkan harta benda penduduk yang tinggal di sekitarnya?
I Huang He
II Lena
III Indus
IV Tigris
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
* Sungai Ob
* Sungai Lena
* Sungai Yenesei
53 Persamaan ciri-ciri sungai di atas ialah
A membeku pada musim dingin
B mempunyai delta yang luas
C pendek dan beraliran deras
D mengalir ke selatan benua Asia
* Min suhu musim sejuk ialah -12°C
* Min suhu musim panas ialah 28°C
* Purata hujan tahunan ialah 500mm
54 Pernyataan di atas merujuk ke kawasan
A Dataran Tinggi Deccan, India
B Dataran Bangkok, Negara Thai
C Steppe,CIS
D Zon Kering, Myanmar
* Tiupan angin monsun barat daya
* Suhu tinggi dan panas
* tanah merekah kerana ketiadaan hujan
55 Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan
A Yangon, Myanmar
B Kwanto, Jepun
C Moscow, Rusia
D Andra Pradesh, India
56 Pernyataan yang manakah menerangkan kesan penerokaan hutan secara besar-besaran di Asia?
I Gangguan ekologi
II Kepupusan spesies tertentun
III Penemuan spesies baru
IV Kekurangan sumber hutan berharga
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
57 Antara berikut yang manakah merupakan langkah yang dijalankan bagi mengekalkan sumber perhutanan?
I Penanaman semula hutan
II meningkatkan eksport hasil hutan
III menjalankan penebangan terpilih
IV Mewartakan kawasan hutan simpan
A I, II, dan III
B I,II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
58 Antara berikut yang manakah benar menerangkan kawasan perlombongan di Asia?
I Lembah Damodar-Arang batu
II Dataran Tinggi Deccan-bauksit
III Pulau Singkep-kuprum
IV Ashan-bijih timah
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
59 Tenaga nuklear belum meluas digunakan di negara-negara Asia kerana
I kekurangan kepakaran
II kos pengendaliannya tinggi
III Ketiadaan loji yang selamat
IV Sukar mendapatkan plutonium
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
60 Faktor yang menyebabkan penggunaan sumber elektrik amat tinggi di negara Jepun ialah
I bekalan tenaganya yang banyak
II cuacanya sejuk sepanjang tahu
III jumlah penduduknya ramai
IV jumlah kilangnya banyak
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Posted by
Kua Siaw Kam
at
7:10 PM
0
comments
Kecemerlangan...
Bukan susah untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran...
PMR sudah lepas, SPM akan menjelang tidak lama lagi...
Harap-harap semua pelajar dapat mencapai keputusan yang cemerlang nanti...
Di sini ada cara untuk mencapai kecemerlangan...
Untuk dikongsi bersama....
35 Petua Pelajar Cemerlang Dato Dr Fadzilah Kamsah
Untuk Berjaya Perlu Ada Matlamat
Tips Untuk Pelajar
Kemahiran Mendengar & Membaca
Posted by
Kua Siaw Kam
at
4:47 PM
0
comments
Jamuan
Sepanjang minggu ini, banyak kelas tingkatan 5 mengadakan jamuan akhir tahun. Semua guru dijemput untuk menjamu selera. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang menjemput saya untuk menjamu selera. Tahniah kepada semua pelajar dan juga guru-guru yang terlibat. Tidak dapat dinafikan jasa guru amat besar dalam kendalikan sesuatu jamuan. Gurulah yang terpaksa pergi mengambil makanan yang telah siap dimasak sebelum masa jamuan. Terima kasih sekali lagi kepada semua pelajar dan guru.
Selain tingkatan 5, ada juga satu kelas tingkatan 3 yang mengadakan jamuan. Terima kasih juga. Kalau dilihat cara pengendalian jamuan yang saya hadiri, pelajar tingkatan 3 tidak kalah kepada pelajar tingkatan 5. Tahniah dan berusaha lagi... Masih boleh dipertingkatkan... Tahniah.
Posted by
Kua Siaw Kam
at
11:09 AM
0
comments
Tuesday, October 27, 2009
Minta Maaf
Pada hari Ahad (25/10/2009) unit disiplin menerima kes lagi. Kes kali agak menakutkan... jika tidak dibendung sekarang. Ini kerana melibatkan pelajar tingkatan 1 dan 2. Walaupun mereka ini masih muda tapi pemikiran dan perwatakan mereka lebih daripada itu.
Tidak kiralah apa kesalahan pelajar, guru-guru sentiasa berharap pelajar dapat berasa kesal atas kesilapan diri dan berubah perangai yang kurang baik itu.
Di sini kami guru-guru berharap pelajar akan berubah setelah meminta maaf dengan guru.
Posted by
Kua Siaw Kam
at
12:30 AM
0
comments
Tuesday, October 20, 2009
Mesyuarat........
Hari ini sekolah menerima kunjungan daripada Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPN bersama dua orang rakan beliau. Mereka datang melawat kawasan sekolah, termasuk asrama sekolah. Selepas melawat, semua guru dikehendaki masuk bilik mesyuarat untuk bermesyuarat dengan mereka.
Ketua sektor pengurusan sekolah- Tuan Haji Zahari Bin Daud.
Tuan Haji Abdul Halim
Encik Zahari Bin Mamat (melawat asrama)
Tahniah kepada Cik Nor Aiza, kelas 5A diuruskan dengan baik.
Tahniah kepada guru Kimia, mengajar dengan baik.
Tahniah kepada guru Geografi kelas 1A, pelajar buat nota dengan baik.
Tahniah kepada panitia Bahasa Inggeris, percubaan SPM ada peningkatan.
Kekuatan sekolah saya yang Tuan Haji Zahari kemukakan:
1. Bangunan sekolah yang baru.
2. Ramai guru muda yang bertugas di sini.
3. Semua guru mendapat gaji yang banyak.
4. Dapat bertugas di negeri Kelantan.
7M yang semua guru perlu prktikkan:
1. Menghayati ajaran agama.
2. Memupuk akhlak mulia.
3. Mencintai kebersihan.
4. Hapus buta 2M (membaca, menulis)
5. Semua murid dapat mengira dan mengingati sifir.
6. Mencapai tahap minima dalam Bahasa Inggeris.
7. Menjulang kecemerlangan.
Em... Banyak yang saya perlu buat... Nampaknya perlu berada di sekolah untuk 24jam barulah cukup masa untuk menjalankan semua tugas tu... Maksudnya perlu "jual" diri kepada sekolah dah... Ai... dunia semakin mencabar...
Asyik paksa, paksa, paksa... Ada kebahagiaan ke?
5.
Posted by
Kua Siaw Kam
at
10:42 PM
0
comments
Monday, October 12, 2009
Eeeeeeeee.... Air Liur
Esok merupakan hari terakhir peperiksaan PMR 2009. Selepas esok pelajar tingkatan 3 boleh rasa lega...
Beberapa hari ini saya bertugas sebagai pengawas PMR di suatu sekolah di daerah Gua Musang ni. Macam biasalah, hari pertama saya berasa kelam-kabut sedikit. Maklumlah setahun baru sekali menjalankan tugas sebagai pengawas PMR. Hari kedua dan ketiga, rasa OK dah. Kalau kereta tu, dah guna gear 3 atau 4 dah. Haha...
Hari ni, hari ke-4... Peristiwa yang agak... Haha... Tak tahan nak ketawa...
Pagi ni, kertas ke-2 adalah Matematik kertas 2 (50/2). Masa yang diberi adalah selama 1jam 45 minit... Pelajar menjawab di kertas soalan itu juga. Kalkulatur tidak boleh digunakan...
Pukul 10.10 pagi, semua calon PMR pun mula menjawab... Lamanya... Tepat jam 11.55pagi. Semua calon dikehendaki berhenti menjawab sebab masa dah tamat...
"Semua calon dikehendaki meletakkan kertas soalan anda di sebelah kiri meja anda. Kertas soalan akan dipungut sekejap lagi..."
Pengawas yang bertugas pun pergilah kutip kertas soalan...
Sampai di sebuah meja... Pengawas nak kutip kertas. Tapi kertas tak boleh diambil...
Kejutkan pelajar tu... Dia bangun, wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semua air liur dia kena pada kertas soalan.
Apa nak buat? Cari tisu, nak lap! Tak ada... Pengawas pun terpaksa kutip kertas itu dengan menggunakan 2 jari saja. Sambil bawa, air liur sambil menitik di atas lantai.......
Sampai di meja depan, nak balut. Macam mana nak balut? Basah...
Pengawas terpaksa lapkan dan tunggu hingga kering... Barulah kerja membalut dijalankan.
Wah...................... Pengalaman apa ni??????
Posted by
Kua Siaw Kam
at
8:48 PM
3
comments
Saturday, October 10, 2009
LDP
Hari ini belajar BLOG lagi...
Seronok, banyak ilmu yang telah diperolehi.
Terima kasih kepada Cikgu Aidid Zakaria.
Posted by
Kua Siaw Kam
at
10:50 AM
0
comments